KUALA LUMPUR: Pengasas Rumah Bonda yang dituduh mengabai dan menganiaya remaja kurang upaya (OKU) Bella, Siti Bainun Ahd Razali dilihat tidak dapat menahan sebak ketika mangsa dan lima lagi kanak-kanak jagaannya
dipanggil Mahkamah Sesyen di sini, untuk sesi pengecaman, pada Jumaat.
Mereka dipanggil pihak pendakwaan untuk melakukan pengecaman ke atas saksi-saksi.
Wanita berusia 30 tahun itu mula menangis dan kelihatan cuba mengintai anak-anak jagaannya kerana terhalang oleh tirai, yang terletak kira-kira tiga meter dari kandang tertuduh.
Seorang daripada kanak-kanak itu juga dilihat cuba memegang tangan Siti Bainun di tempat kandang tertuduh, namun terhalang oleh penghadang plastik.
Sesi pengecaman itu dilakukan tiga saksi pendakwaan iaitu Suhana Zam, 40; Zurianty Sudin, 39; dan Yasmin Nahar Mahmood, 19, yang mengambil masa kira-kira 15 minit.
BACA: Bella hadir prosiding pengecaman di mahkamah hari ini
Para media dan orang awam yang berada di galeri awam juga tidak dibenarkan untuk melihat wajah mereka.
Terdahulu, peguam Nur A'minahtul Mardiah Md Nor yang mewakili tertuduh memohon supaya anak guamnya bersemuka dengan enam individu terbabit untuk melihat reaksi mereka.
Beliau juga mencadangkan mahkamah supaya orang awam dan wartawan keluar ketika proses pengecaman itu dijalankan.
Namun demikian, Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad membantah cadangan tersebut dan memaklumkan terdapat keperluan untuk melindungi saksi daripada terpengaruh dengan apa yang mereka lihat dan dengar di dalam mahkamah.
"Ini adalah perlu bagi saksi ini dicamkan dan tidak terdedah terus dalam mahkamah ini," katanya.
Hakim Izralizam Sanusi kemudian memberitahu, dalam proses pengecaman, adalah tidak timbul isu untuk melihat reaksi kerana ia untuk tujuan sama ada orang dirujuk adalah individu yang disebut oleh saksi dalam perbicaraan.
"Tapi, sekiranya pihak pendakwaan merasakan ada keperluan untuk orang awam keluar tiada masalah," katanya.
Bagaimanapun, Nor Azizah memaklumkan tiada masalah untuk media dan orang awam berada di galeri awam kerana ia hanya proses pengecaman dan bukannya merakam keterangan.
Prosiding pada Jumaat kemudian diteruskan dengan merakam keterangan saksi pendakwaan kesembilan, Lans Koperal Azrul Abdul Shukor iaitu jurugambar daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Pada 20 Ogos 2021, Siti Bainun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung pukul 2.45 petang ini.
Umavathi Ramayah
Fri Jun 17 2022
Siti Bainun Ahd Razali kelihatan tidak dapat menahan sebak ketika mangsa dan lima lagi kanak-kanak jagaannya dipanggil Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk sesi pengecaman. - fotoBERNAMA
Tehran adakan pengebumian besar-besaran untuk Presiden Raisi dan mangsa nahas helikopter
Rakyat Iran dari seluruh pelosok negara berhimpun di Tehran bagi menyertai upacara perarakan jenazah presiden dan mangsa-mangsa nahas.
Wee Kiong belum fikir bersara dari arena badminton
Walaupun bersara berada dalam 'pertimbangan', dia enggan terburu-buru meletakkan sebarang tempoh masa berhubung perkara itu.
HBN 2024: Polis Melaka tawar 50 peratus diskaun saman
PDRM tawar diskaun saman 50 peratus kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan.
Lindungi estet keempat, pastikan media arus perdana terus dipercayai - SJA
Katanya, pihak berkenaan juga perlu memastikan media arus perdana kekal sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai untuk masyarakat.
Kempen pemuliharaan penyu UMT dapat pengiktirafan MBOR
Universiti Malaysia Terengganu cipta sejarah apabila kempen pemuliharaan penyu yang dijalankan sekumpulan pelajarnya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.
Kejohanan MSSD kecoh pelajar dikatakan cuba pukul pengadil
Berdasarkan rakaman video yang tular, berlaku pergaduhan antara pemain sebelum seorang pelajar menolak pengadil secara tiba-tiba.
Program latihan, penglibatan pihak berkepentingan penting untuk basmi kemiskinan - Ahli akademik
Program latihan dan penglibatan pihak berkepentingan adalah perlu bagi menjayakan pelaksanaan reformasi yang berkesan untuk memerangi kemiskinan.
Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena.
To Lam Sah kemudi kerajaan baharu Vietnam
To Lam secara rasminya mengetuai kerajaan baharu Vietnam selepas selesai mengangkat sumpah pada Rabu.
Ejen insurans didakwa atas kesalahan merompak dan mencederakan
Tertuduh, Mohammad Hasbullah Mustafa Kamal, 33, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim, Hamidah Mohamed Deril.
Pengarah didakwa pindah wang milik syarikat lebih RM800,000
Seorang pengarah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan memindahkan wang milik syarikatnya berjumlah lebih RM800,000 ke syarikat lain, dua tahun lepas.
Rogol anak hingga lahirkan bayi, bapa durjana dipenjara 20 tahun, 5 sebatan
Hakim, Mohamad Kamil Nizam menjatuhkan hukuman terbabit terhadap tertuduh yang berusia 44 tahun selepas menerima pengakuan bersalahnya atas pertuduhan dibacakan.
Mahkamah tolak saman pegawai khas AG terhadap Rewcastle-Brown
Mahkamah Tinggi menolak saman fitnah yang difailkan oleh iaitu Mabel Sheela Mutthiah terhadap Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown.
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
Hafizul didakwa cuba bunuh Farah Cie, cederakan pengawal peribadi
Hafizul, 38, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim.
Pekerja swasta didakwa jual rumah tanpa lesen
Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Menara HSC di Wangsa Maju di sini pada 23 Mei 2019.
Penganggur mengaku bersalah rompak wanita guna parang
Tertuduh, Mohd Fauzan Mat Ali, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Pemilik spa sediakan perkhidmatan klinik swasta haram didenda RM30,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhi hukuman denda RM30,000 ke atas seorang pemilik spa kerana menyediakan perkhidmatan klinik perubatan swasta yang tidak didaftarkan, tahun lepas.